pengembara muslim
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Latest topics
» mengembara ke china secara backpack
pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit EmptyFri Oct 28, 2011 9:09 am by amir

» Assalamualaikum...
pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit EmptySat Sep 17, 2011 8:59 am by salma

» 7 masjid menarik di dunia
pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit EmptySun Dec 05, 2010 2:50 am by pak chik

» Adab-adab Bermusafir
pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit EmptySun Dec 05, 2010 2:48 am by pak chik

» Kembara Tempatan
pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit EmptySun Oct 24, 2010 6:11 am by zam

» makanan muslim yang power sepanjang pengembaraan.
pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit EmptySun Oct 24, 2010 6:09 am by zam

» Majlis Pelancaran KKMM Peringkat Negeri Johor
pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit EmptySun Oct 24, 2010 6:05 am by zam

» Taman Negara Tanjung Piai
pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit EmptySat Aug 28, 2010 3:18 am by zam

» Transit di Dubai International Airport
pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit EmptySun Jul 11, 2010 5:38 am by hellibra2

Gallery


pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit Empty
Who is online?
In total there are 7 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 7 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 121 on Tue Mar 08, 2011 10:57 am

pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit

+3
hafizul
ab ammar
jiwabesaar
7 posters

Go down

pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit Empty pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit

Post  jiwabesaar Thu Jun 25, 2009 1:05 am

salam semua..anda bley menceritakan segala pengalaman lucu atau menggembirakan dan pahit anda semasa melawat tempat2 menarik yang anda telah lawati disini..sesungguhnya pengalaman itu berharga ibarat sebutir mutiara yang berada di dasar lautan.
jiwabesaar
jiwabesaar

Zodiac : Aries Posts : 51
Join date : 24/06/2009
Age : 37
Location : bachok,kelantan

Back to top Go down

pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit Empty betui jugak tu.kongsi kongsi cerita

Post  ab ammar Thu Jun 25, 2009 7:39 am

ada yang sampai kesatu tempat.ada yang pernah sampai ketempat lain.mai kongsi cerita yang paling tak pernah dilupa bila mengembara kesatu tempat.pahit pun tak pa sekarang tentu dah manis.

ab ammar

Posts : 42
Join date : 24/06/2009
Location : penang

Back to top Go down

pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit Empty Re: pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit

Post  ab ammar Thu Jun 25, 2009 7:49 am

saya pernah ke singapura.ikut rombongan cik kiah.hehe.dari penang naik bas tidur dijohor baharu dan seharian berada disingapura.yang tak dapet den nak lupo ialah sewaktu melepasi imegresen singapura.sepatutnya semua barang dikeluarkan dari poket dan dimasukkan kedalam satu bekas.kemudian baru boleh melepasi scanner imegresen dengan cemerlang.
den terlupo handphone .ado dalam poket.bila melalaui depan scanner tu apa lagi alarm berbunyi dan seluruh sistem dan laluan masuk terkunci.
fuuh keluarlah segala macam pegawai imergresen keluar dan lengkap bersenjata ditangan.time tu pulak dunia heboh pasal pengganas.
ada seorang budak cina menangis sakan sebab emaknya berada disebelah lain dan dia sebelah lain terpisah dek cermin.
kesian kat saya dan mereka mereka yang sewaktu dengannya terperangkap dekat 30 minit.
moralnya-ikutlah arahan hehe

ab ammar

Posts : 42
Join date : 24/06/2009
Location : penang

Back to top Go down

pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit Empty Re: pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit

Post  hafizul Fri Jun 26, 2009 9:21 am

pengalaman yang masih segar dalam ingatan saya ialah semasa berkunjung ke kelantan beberapa tahun yang lalu.di pasar siti khadijah pada mulanya ingin membeli pakaian untuk adik2 di rumah,belek pnya belek..kemera tertingal..huhu..lps 2 nk cari tangga turun dari tingkat 2 ke bawah x jumpa pulak..2,3 kali berpusing kt atas 2 hehehe.lps dpt turun...x ingt jalan ke tempat parking bas..huhu.last2 sekali saya redah je n sampai jugak...alhamdulillah..memang lucu mcm mna boleh x jmpa cari tangga turun. Razz Embarassed


Last edited by hafizul on Sat Jun 27, 2009 10:40 am; edited 1 time in total
hafizul
hafizul

Zodiac : Leo Posts : 49
Join date : 24/06/2009
Age : 35
Location : PERAK

http://alfaqirulfani.blogspot.com/

Back to top Go down

pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit Empty Re: pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit

Post  jiwabesaar Fri Jun 26, 2009 9:51 am

hmm..antara pengalaman pahit saya ialah semasa saya bersama beberapa rakan sekelas yang lain ingin pulang ke kampung halaman selepas bercuti dan makan angin di taiping perak..selepas tinggal beberapa hari dan berseronok,bersiar-siar dan melawat tempat2 menarik di taiping kami pun ingin pulang.apa yang menjadi masalahnya ialah tiket bas abes.cari punya cari tiket bas dari taiping dan kawasan sekitarnya ke kelantan dh abes.yang tinggal tiket ke kuala lumpur.terpaksalah beli.sampai ke di kuala lumpur kami menumpang pula kereta kawan saya yang ingin balik ke rumahnya di termerloh.sampai ketemerloh kami cari tiket bas lagi ke kelantan.namun hampa kerana tiket bas disini juga abes.jalan terakhir ialah dengan menaiki kereta api.malam itu juga kami ke stesen kereta api yang terletak di mentakab untuk membeli tiket keretaapi dan pulang kerumah dengan segera..namun ibarat jatuh ditimpa tangga kerana tiket kereta api juga abes..nak tak nak,terpaksalah kami naik kereta api secara haram..baru je nek dh kantoi dengan pegawai yang cek tiket.huhu..malang sungguh nasib.kami di charge extra rm 10..dlm keretapi 2,kami terpaksa merempat di lorong2 dan penyambung antara 2 gerabak keretapi..sungguh tidak selesa.saya tidak tidur sepanjang malam hingga lah ke pagi.badan pun rasa sakit2.hmm..pengalamn ini sungguh perit bagi saya.tapi saya bersyukur kerana dapat juga pulang kerumah walaupun dalam keadaan terseksa.hehe.. Sad
jiwabesaar
jiwabesaar

Zodiac : Aries Posts : 51
Join date : 24/06/2009
Age : 37
Location : bachok,kelantan

Back to top Go down

pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit Empty yer semakin meriah!

Post  ab ammar Fri Jun 26, 2009 10:47 am

habaq habaq lah lagi.boleh jugak tersenyum

ab ammar

Posts : 42
Join date : 24/06/2009
Location : penang

Back to top Go down

pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit Empty Re: pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit

Post  marini_azahri Mon Jun 29, 2009 8:49 am

Kisah yang saya tidak dapat lupakan pula begini:

Saya bekerja dengan KPM di Putrajaya. Tahun lepas, saya dan beberapa orang rakan dihantar ke Korea Selatan atas urusan kerja. Di sana, kami disambut dan diraikan oleh beberapa kakitangan kementerian pendidikan Korea. Masalahnya, kebanyakan orang Korea kurang memahami bahasa inggeris. Jadi kami bergantung penuh kepada translator ketika berkomunikasi.

Hendak dijadikan cerita, satu hari kami dibawa ke Lotte Mart untuk berjalan-jalan dan membeli-belah. Saya agak penat, lalu hanya duduk berehat di luar pasaraya itu. Ketika itu, rakan-rakan ada yang masih berjalan-jalan di dalam pasaraya bersama translator kami. Ketika sedang berehat, salah seorang dari orang Korea(lelaki) yang mengiringi kami datang dan duduk di sebelah saya dan tersenyum. Saya membalas senyumannya dengan bersahaja. Di hadapan kami, dua orang rakannya sedang bercakap-cakap dalam bahasa hanguel(bahasa korea) sambil memandang kami. Saya memandang ke arah mereka berdua dan mereka menunjukkan kamera ke arah saya. Saya lalu mengangguk dan senyum. Walaupun tidak memahami perbualan mereka, tetapi saya tahu bahawa mereka mahu mengambil gambar kami berdua. Tiba-tiba, dua orang itu bercakap lagi ke arah lelaki korea di sebelah saya, sambil menunjuk-nunjuk ke arah saya. Lelaki korea di sebelah saya tiba-tiba ketawa dan menoleh ke arah saya lalu bertanya dengan lidah yang pelat, "is it ok for you?"

Saya mengagak perbualan mereka itu bermaksud adakah boleh jika lelaki korea yang duduk di sebelah saya itu mahu bergambar dengan saya. Saya lalu terus mengangguk dan berkata ok. Sebaik sahaja saya berkata ok, tiba-tiba lelaki korea yang duduk di sebelah saya itu mengangkat tangannya dan memeluk bahu saya erat-erat untuk bergambar. Rupa-rupanya, perbualan kedua-dua orang rakannya tadi ialah bermaksud agar lelaki korea itu memeluk bahu saya ketika bergambar, agar nampak lebih mesra!

Tindakannya membuat saya terkejut monyet dan terpelanting melompat ke tepi. Saya tergamam gajah kerana pertama kali dipegang begitu oleh kaum bukan sejenis. Lelaki itu pelik melihat keadaan saya, dan bertanya adakah perbuatannya salah. Lalu saya dengan keadaan masih terkejut menerangkanlah kepadanya bahawa saya muslim dan tidak boleh berbuat begitu.Masalahnya, kerana communication barrier yang wujud disebabkan mereka kurang memahami bahasa inggeris, maka berpeluh-peluhlah saya menerangkan kepada mereka tentang perkara itu, sehingga semua kaki tangan saya naik sebagai bahasa isyarat...alahai...Very Happy

Selepas dari kejadian itu, saya mula berhati-hati, kerana mengikut kata orang Korea, menyentuh rakan atau teman, lelaki atau perempuan, memeluk atau memegang adalah tanda kemesraan bagi mereka...ya..itulah kata-kata mereka, dan kerana kata-kata itu, rakan perempuan saya yang sudah bersuami, lari lintang pukang di airport sewaktu hendak pulang ke Malaysia, kerana orang-orang lelaki korea yang mengiringi kami mahu memeluknya sebagai tanda perpisahan:D

Lucu pula mengenangkan peristiwa itu. Namun, orang-orang korea adalah bangsa asia yang sangat mengagumkan. Walaupun kurang pandai berbahasa inggeris, tetapi kemajuan negara mereka tidak dapat dipertikai. Saya sempat melawat ke kilang samsung, zapel, dan sekolah bistari(smart school) di sana. Mereka juga sangat menghormati dan meraikan tetamu. Apa sahaja keperluan kami sepanjang berada di sana dipenuhi sebaik mungkin, sehingga membuatkan kami rasa sangat terharu. Masih saya ingat, setiap malam bergugus-gugus anggur hitam yang manis dan segar menjadi santapan kami saban malam. Anggur itu mereka sediakan untuk kami setiap malam, kerana melihat puak-puak kami sangat gemar memakannya(hehe).

Menariknya, orang-orang korea itu pula cukup suka dengan mee magi dan roti gardenia dari malaysia. Katanya mee magi tidak ada di sana (sebab itu mereka cerdik kot, kurang makan MSG, hehe) dan roti di sana agak keras dan kurang sedap. Saya juga kagum dengan "keawet mudaan" orang-orang Korea. Wajah-wajah yang nampak muda dan segar rupa-rupanya sudah berumur empat puluhan ke atas. Mungkin disebabkan gaya pemakanan mereka yang tidak bersantan, berlemak dan berempah seperti kita. Sup mereka pun plain sahaja. Mereka juga suka minum teh herba, dan teh yang berbau segar dan lazat. Ada satu teh prune yang sangat lazat rasanya dan rasa lazat itu masih saya terkenag-kenang sehingga kini:D

Ketika berjalan-jalan di sana, ada yang mamandang pelik kerana kami membungkus kepala dengan kain(bertudung). Ada juga yang memandang kami dengan kagum, dan ramai pula yang melontarkan kata-kata berbunyi begini : "Beutiful!"..."Very Pretty! "...."Oh, gorgeous!"....dan beberapa kali juga saya terpaksa berhenti berjalan kerana beberapa orang Korea yang tidak dikenali mahu bergambar dengan saya, kerana tudung yang saya pakai(ehem..ehem Very Happy:D )

Sebelum pulang ke Malaysia, saya serahkan berbungkus-bungkus mee magi pelbagai perisa dan roti gardenia yang saya himpun dari rakan-rakan yang membawanya dari malaysia sebagai bekal, dan menghadiahkannya kepada Pink, gadis korea yang suka berbual dengan kami, tetapi banyak menggunakan bahasa isyarat kerana kurang memahami bahasa inggeris.

Pink tersenyum ceria dan mengangkat kedua-dua ibu jarinya ke arah mee magi dan roti gardenia yang saya berikan kepadanya itu. Saya tahu dia gembira dengan pemberian itu. Hingga kini, jika saya terpandang mee magi, atau menyantap roti gardenia di ofis setiap kali waktu sarapan, saya pasti akan terkenangkan Pink dan Korea! SmileSmileSmile
marini_azahri
marini_azahri

Zodiac : Virgo Posts : 16
Join date : 28/06/2009
Age : 42
Location : Putrajaya + Pantai Dalam

http://srikandijilbab.blogspot.com

Back to top Go down

pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit Empty Re: pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit

Post  zam Tue Jun 30, 2009 9:02 am

kagum ana baca pengalaman marini.... ana kurang pengalaman, ana minat nak ikut pengembaramuslim ke korea, nanti balik ana cerita pengalaman ana....

zam

Posts : 30
Join date : 30/06/2009

Back to top Go down

pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit Empty Re: pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit

Post  jiwabesaar Tue Jun 30, 2009 10:52 am

emm..banyak pengalaman mengembara cik marini nampaknya..bgus la..saya xde sangat pengalaman mengembara di luar negara..tp sangat minat mengembara. Very Happy
jiwabesaar
jiwabesaar

Zodiac : Aries Posts : 51
Join date : 24/06/2009
Age : 37
Location : bachok,kelantan

Back to top Go down

pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit Empty Re: pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit

Post  marini_azahri Wed Jul 01, 2009 10:50 am

zam wrote:kagum ana baca pengalaman marini.... ana kurang pengalaman, ana minat nak ikut pengembaramuslim ke korea, nanti balik ana cerita pengalaman ana....

Zam bila nak ke Korea?

Nanti akak nak pesan hanbok satu hehe:D
marini_azahri
marini_azahri

Zodiac : Virgo Posts : 16
Join date : 28/06/2009
Age : 42
Location : Putrajaya + Pantai Dalam

http://srikandijilbab.blogspot.com

Back to top Go down

pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit Empty Re: pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit

Post  marini_azahri Wed Jul 01, 2009 10:52 am

jiwabesaar wrote:emm..banyak pengalaman mengembara cik marini nampaknya..bgus la..saya xde sangat pengalaman mengembara di luar negara..tp sangat minat mengembara. Very Happy

Jiwabesar dah jadi sahabat pengembara muslim, agaknya lepas ni tentu pengalaman mengembara jiwabesar lebih banyak dari saya Smile
marini_azahri
marini_azahri

Zodiac : Virgo Posts : 16
Join date : 28/06/2009
Age : 42
Location : Putrajaya + Pantai Dalam

http://srikandijilbab.blogspot.com

Back to top Go down

pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit Empty Re: pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit

Post  jiwabesaar Thu Jul 02, 2009 9:54 am

emm..insyaallah..time kasih la akak marini ats support..
jiwabesaar
jiwabesaar

Zodiac : Aries Posts : 51
Join date : 24/06/2009
Age : 37
Location : bachok,kelantan

Back to top Go down

pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit Empty Pengalaman yg menyentuh kalbu

Post  hellibra2 Fri Jul 02, 2010 7:40 am

jiwabesaar wrote:salam semua..anda bley menceritakan segala pengalaman lucu atau menggembirakan dan pahit anda semasa melawat tempat2 menarik yang anda telah lawati disini..sesungguhnya pengalaman itu berharga ibarat sebutir mutiara yang berada di dasar lautan.

Assalamualaikum,

Ini pengalaman yg menyentuh perasaan saya. Sekitar 1990an saya menjadi sukarelawan keamanan di kem pelarian di Sri Lanka. Dipendekkan cerita, saya menjenguk salah sebuah pondok pelarian ini. Wanita tuan rumah (mereka semuanya pelarian Tamil Muslim) menjemput saya masuk dan duduk di atas tikar mengkuang di atas tanah keras. Ya, pondok mereka berlantaikan tanah keras berdebu! Kemudian dia berkata sesuatu pd sorang anak lelakinya, budak tu pun bergegas keluar. Saya tersenyum, dia tersenyum, saya tak tau bhs Tamil dia tak tau bhs Inggeris. Tapi dia tahu nama saya sebab sejak beberapa hari bekerja membaikpulih pondok beberapa orang balu di situ, kanak-kanak di situ tau nama saya.

Beberapa minit kemudian, anak lelakinya balik bawa 2 biji botol minuman ringan. Rupanya tadi dia menyuruh anaknya pergi ke kedai berdekatan beli minuman utk saya. Saya rasa amat tersentuh dan terharu. Wanita yg merupakan sebahagian dari 36,000 pelarian dan merempat di negara sendiri angkara konflik Tamil Tiger dan pihak kerajaan, masih memiliki sifat Muslimin sejati - meraikan dan menjamu tetamu, walaupun dalam keadaan yg dhaif. Saya kagum dengan sikap dan ketabahan pelarian di kem ini.

Saya harap beliau dan yg lainnya dah pulang ke kampong halaman masing-masing setelah kumpulan Tamil Tiger ni diburu dan dikalahkan oleh pihak kerajaan tahun lepas (jika tak silap saya).

Jika para sahabat ingin catatan yang lebih detail layari blog saya
http://mohkembara.blogspot.com/ Sudi-sudi beri komen dan feedback yg membina dan jadi pembaca saya. Terima kasih.

hellibra2

Posts : 23
Join date : 01/07/2010
Location : Shah Alam, Selangor

Back to top Go down

pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit Empty Re: pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit

Post  pak chik Fri Jul 02, 2010 8:24 pm

hellibra2 wrote:
jiwabesaar wrote:salam semua..anda bley menceritakan segala pengalaman lucu atau menggembirakan dan pahit anda semasa melawat tempat2 menarik yang anda telah lawati disini..sesungguhnya pengalaman itu berharga ibarat sebutir mutiara yang berada di dasar lautan.

Assalamualaikum,

Ini pengalaman yg menyentuh perasaan saya. Sekitar 1990an saya menjadi sukarelawan keamanan di kem pelarian di Sri Lanka. Dipendekkan cerita, saya menjenguk salah sebuah pondok pelarian ini. Wanita tuan rumah (mereka semuanya pelarian Tamil Muslim) menjemput saya masuk dan duduk di atas tikar mengkuang di atas tanah keras. Ya, pondok mereka berlantaikan tanah keras berdebu! Kemudian dia berkata sesuatu pd sorang anak lelakinya, budak tu pun bergegas keluar. Saya tersenyum, dia tersenyum, saya tak tau bhs Tamil dia tak tau bhs Inggeris. Tapi dia tahu nama saya sebab sejak beberapa hari bekerja membaikpulih pondok beberapa orang balu di situ, kanak-kanak di situ tau nama saya.

Beberapa minit kemudian, anak lelakinya balik bawa 2 biji botol minuman ringan. Rupanya tadi dia menyuruh anaknya pergi ke kedai berdekatan beli minuman utk saya. Saya rasa amat tersentuh dan terharu. Wanita yg merupakan sebahagian dari 36,000 pelarian dan merempat di negara sendiri angkara konflik Tamil Tiger dan pihak kerajaan, masih memiliki sifat Muslimin sejati - meraikan dan menjamu tetamu, walaupun dalam keadaan yg dhaif. Saya kagum dengan sikap dan ketabahan pelarian di kem ini.

Saya harap beliau dan yg lainnya dah pulang ke kampong halaman masing-masing setelah kumpulan Tamil Tiger ni diburu dan dikalahkan oleh pihak kerajaan tahun lepas (jika tak silap saya).

Jika para sahabat ingin catatan yang lebih detail layari blog saya
http://mohkembara.blogspot.com/ Sudi-sudi beri komen dan feedback yg membina dan jadi pembaca saya. Terima kasih.

pengalaman sdr amat menarik, indahnya kita sesama muslim. mudah2an seluruh sahabat kita akan terus menjiwai perjuang para sahabat....

pak chik

Posts : 24
Join date : 30/08/2009
Location : Kuala Lumpur

Back to top Go down

pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit Empty Re: Pengalaman yang melucukan

Post  hellibra2 Sun Jul 04, 2010 5:42 am

Salam,
Saya ada pengalaman yg nak dikatakan lucu tak sangat tapi menarik jugak. Suatu petang, saya dan seorang rakan sukarela dari India baru saja habis mandi sungai selepas separuh hari membantu baikpulih pondok balu-balu pelarian Tamil Muslim. Dalam perjalanan balik ke rumah atau pusat volunteer, saya dan rakan saya bertembung dengan seorang sukarelawan dari Nepal, kami panggil Uncle Pratap kerana dia yg paling tua berusia lebih kurang 45 tahun. Pada waktu itu baru saya perasaan sejak kami berkampong di Puttalam selama 4 hari, Uncle Pratap tak pernah dilihat pegi ke sungai untuk mandi. Saya pun bertanya, "Anda tak nak mandi ?" Dia membuat memek muka dan menggelengkan kepala.
"Tapi kami tak pernah nampak Uncle mandi di sungai, Uncle mandi di mana?'' tanya Devi rakan dari India.

''Tak, saya tak pernah mandi di sini," sahut Uncle.

Saya dan Devi berpandangan kehairanan.
"Tak pernah? Sejak empat hari lalu? Eh kenapa?" kami bertanya bertalu-talu. Pelik ni. Di daerah Puttalam ni bukannya sejuk macam Kandy yg dingin, tapi panas dan berdebu bila angin kuat bertiup. Walaupun kelembapan tidak tinggi seperti di Malaysia, iklim di Puttalam panas kering, kita tak berpeluh sangat seperti di Malaysia, namun kalau dah empat hari tak mandi, melengas juga badan!

Uncle dengan perlahan menjawab," Dalam perjalanan dari Kandy ke sini, masa bas kita lalu sungai ni kat hulunya, saya nampak orang mandikan gajah-gajah kat dalam sungai..."

"So...?" kami tanya dengan dungunya.

"So, saya gelilah nak mandi air sungai yg ada sisa dan daki-daki gajah...!"

Kami tak tau nak tergelak ke atau apa, tapi kalau gelak nanti kecik hati Uncle ni jadi kami pun angguk jer dan kata, "Oklah, suka hati awaklah!"

Begitulah Uncle Pratap tak mandi walaupun sekali sepanjang kami berada di Kem Pelarian Puttalam selama 6 hari sebab dia ternampak sekumpulan gajah berendam di hulu sungai yang sama beberapa hari sebelumnya! Rolling Eyes

hellibra2

Posts : 23
Join date : 01/07/2010
Location : Shah Alam, Selangor

Back to top Go down

pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit Empty Re: pengalaman yang melucukan atau menggembirakan dan pahit

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum