Latest topics
Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests None
Most users ever online was 121 on Tue Mar 08, 2011 10:57 am
Top posters
jiwabesaar | ||||
hafizul | ||||
ab ammar | ||||
zam | ||||
pak chik | ||||
hellibra2 | ||||
Mr.piey | ||||
musbiha | ||||
marini_azahri | ||||
kggadong |
Adab-adab Bermusafir
+2
ab ammar
hafizul
6 posters
Page 1 of 1
Adab-adab Bermusafir
Islam mengharuskan umatnya bermusafirutk tujuan yg baik spt. Melihat tanda2 kebesaran Allah dan bukan utk tujuan maksiat spt. berpoya2.jadi islam meletakkan adab2 yang patut di jalankan semasa bermusafir atau mengembara agar perjalanan kita di kira sebagai ibadah.Antara adab-adab bermusafir ialah:-
1) Memohon petunjuk drpd Allah S.W.T
2) Meminta nasihat drpd orang yg berpengalaman
3) Sunat mengucapkan selamat tinggal kpd. Orang2 yg ditinggalkan
4) Menyediakan bekalan yg cukup
5) Melantik ketua jika berkumpulan 3 orang @ lebih
6) Sunat solat musafir & berdoa sebelum memulakan perjalanan
7) Dilarang melakukan kerosakkan pada alam sekitar
Menjaga ibadat solat – ada rukhsah solat utk orang musafir (jamak & qasar)
selamat beramal

info
maklumat dan info yang baik dari dik hafizul.
ab ammar- Posts : 42
Join date : 24/06/2009
Location : penang
Re: Adab-adab Bermusafir
saya ingin menambah sedikit apa yang katakan oleh hafizul..
Sesetengah di antara kita selalu keluar, sama ada kerana urusan pekerjaan, menziarahi keluarga dan kenalan atau kerana semata-mata bercuti. Ada antara kita tidak ambil kisah mengenai perjalanan, asalkan pasti tempat ditujui. Tetapi dalam Islam ada beberapa panduan yang wajar diberi perhatian, antaranya:
1. Dianjurkan memulai perjalanan pada Khamis.
Melalui hadis diriwayat Bukhari bermaksud: “Rasulullah s.a.w berangkat ke Perang Tabuk pada Khamis. Rasulullah menyukai memulai perjalanannya pada Khamis.”
2. Dianjurkan memulakan perjalanan pada waktu malam.
Dalam hadis diriwayatkan Abu Daud, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam.”
3. Dianjurkan bermusafir bersama-sama.
Hadis riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Jika manusia mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana aku ketahui, tentu mereka enggan bermusafir sendirian.”
4. Berdoa dalam musafir
Sabda Rasulullah s.a.w, seperti diriwayatkan Tirmidzi, bermaksud: “Tiga doa yang pasti akan dikabulkan Allah S.W.T ialah doa orang teraniaya, doa orang dalam perjalanan dan doa orang tua terhadap anaknya.”
5. Meraikan permulaan perjalanan dan berdoa
Dalam hadis riwayat Tirmidzi, Abu Hurairah r.a meriwayatkan, seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah), wahai Rasulullah, saya akan memulai perjalanan (musafir), jadi berikanlah nasihat kepada saya. Nabi berkata: hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali melewati (melalui) tempat yang tinggi. Selepas lelaki itu pergi, Nabi s.a.w berdoa, “ Ya Allah, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya.”
Nabi s.a.w, apabila menghantar seseorang bermusafir, tidak melepaskan tangannya daripada orang terbabit sebelum orang berkenaan melepaskan dahulu tangannya.
Kemudian, baginda berdoa (maksudnya): “Saya titipkan kepada Allah agamamu, amanatmu dan kesudahan amalmu.” (Hadis riwayat Ahmad)
6. Dianjurkan juga segera kembali kepada keluarga apabila urusan sudah selesai.
Sabda Nabi s.a.w bermaksud: “Perjalanan adalah sebahagian daripada azab. Dia tidak dapat makan enak dan minum sepuas-puasnya serta tidur dengan nyenyak. Apabila seorang daripada kamu sudah menyelesaikan hajatnya, segeralah kembali kepada keluarganya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

jiwabesaar- Zodiac : Posts : 51
Join date : 24/06/2009
Age : 37
Location : bachok,kelantan
tips lagi
semakin bertambah ilmu dengan tips tips hebat.
ab ammar- Posts : 42
Join date : 24/06/2009
Location : penang
Re: Adab-adab Bermusafir
mengembara..,mengembara jugak tapi jangan sampai terlupa kewajipan ye...solat jamak qasar kena ambik perhatian
"di mana bumi di pijak di situ ISLAM di junjung"
"di mana bumi di pijak di situ ISLAM di junjung"
Re: Adab-adab Bermusafir
hafizul wrote:mengembara..,mengembara jugak tapi jangan sampai terlupa kewajipan ye...solat jamak qasar kena ambik perhatian

betul tu.... sebab sebuk-sebuk dan terlalu sebuk mengembara lupa lak nak solat
musbiha- Posts : 17
Join date : 24/06/2009
Re: Adab Bermusafir
hafizul wrote:mengembara..,mengembara jugak tapi jangan sampai terlupa kewajipan ye...solat jamak qasar kena ambik perhatian
"di mana bumi di pijak di situ ISLAM di junjung"
Assalamualaikum,
Isu solat ni yg kekadang merisaukan saya, bukan tak boleh buat jamak&qasar, tetapi lebih risau samada ada ada ruang utk melakukan solat terutama di dalam kenderaan dan perjalanan yang jauh dan memakan masa berjam-jam seperti dalam pesawat. Tetapi baru-baru ini Alhamdulillah saya dpt menunaikan solat dgn mudah dan selesa ketika terbang dgn MAS dari Turki ke KL. Pihak krew telah menyediakan satu ruang sudut yg kecil (jadilah, bukan tempat orang lalu-lalang) di kelas biznes di mana saya dpt solat jamak&kasar dgn lebih selesa utk waktu Magrib dan Isha dan subuh. Tahun-tahun sebelumnya, saya hanya diberi satu ruang di bahagian belakang pesawat di mana krew menyiapkan hidangan. Itupun saya bersyukur.
hellibra2- Posts : 23
Join date : 01/07/2010
Location : Shah Alam, Selangor
Re: Adab-adab Bermusafir
hellibra2 wrote:hafizul wrote:mengembara..,mengembara jugak tapi jangan sampai terlupa kewajipan ye...solat jamak qasar kena ambik perhatian
"di mana bumi di pijak di situ ISLAM di junjung"
Assalamualaikum,
Isu solat ni yg kekadang merisaukan saya, bukan tak boleh buat jamak&qasar, tetapi lebih risau samada ada ada ruang utk melakukan solat terutama di dalam kenderaan dan perjalanan yang jauh dan memakan masa berjam-jam seperti dalam pesawat. Tetapi baru-baru ini Alhamdulillah saya dpt menunaikan solat dgn mudah dan selesa ketika terbang dgn MAS dari Turki ke KL. Pihak krew telah menyediakan satu ruang sudut yg kecil (jadilah, bukan tempat orang lalu-lalang) di kelas biznes di mana saya dpt solat jamak&kasar dgn lebih selesa utk waktu Magrib dan Isha dan subuh. Tahun-tahun sebelumnya, saya hanya diberi satu ruang di bahagian belakang pesawat di mana krew menyiapkan hidangan. Itupun saya bersyukur.
saya lihat MAS sekarang dah menyediakan banyak kemudahan untuk solat dlm penerbangan.
pak chik- Posts : 24
Join date : 30/08/2009
Location : Kuala Lumpur
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Fri Oct 28, 2011 9:09 am by amir
» Assalamualaikum...
Sat Sep 17, 2011 8:59 am by salma
» 7 masjid menarik di dunia
Sun Dec 05, 2010 2:50 am by pak chik
» Adab-adab Bermusafir
Sun Dec 05, 2010 2:48 am by pak chik
» Kembara Tempatan
Sun Oct 24, 2010 6:11 am by zam
» makanan muslim yang power sepanjang pengembaraan.
Sun Oct 24, 2010 6:09 am by zam
» Majlis Pelancaran KKMM Peringkat Negeri Johor
Sun Oct 24, 2010 6:05 am by zam
» Taman Negara Tanjung Piai
Sat Aug 28, 2010 3:18 am by zam
» Transit di Dubai International Airport
Sun Jul 11, 2010 5:38 am by hellibra2