pengembara muslim
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Latest topics
» mengembara ke china secara backpack
KONGSI BERSAMA ARTIKEL PELANCONGAN ISLAMIK-PETIKAN AKHBAR EmptyFri Oct 28, 2011 9:09 am by amir

» Assalamualaikum...
KONGSI BERSAMA ARTIKEL PELANCONGAN ISLAMIK-PETIKAN AKHBAR EmptySat Sep 17, 2011 8:59 am by salma

» 7 masjid menarik di dunia
KONGSI BERSAMA ARTIKEL PELANCONGAN ISLAMIK-PETIKAN AKHBAR EmptySun Dec 05, 2010 2:50 am by pak chik

» Adab-adab Bermusafir
KONGSI BERSAMA ARTIKEL PELANCONGAN ISLAMIK-PETIKAN AKHBAR EmptySun Dec 05, 2010 2:48 am by pak chik

» Kembara Tempatan
KONGSI BERSAMA ARTIKEL PELANCONGAN ISLAMIK-PETIKAN AKHBAR EmptySun Oct 24, 2010 6:11 am by zam

» makanan muslim yang power sepanjang pengembaraan.
KONGSI BERSAMA ARTIKEL PELANCONGAN ISLAMIK-PETIKAN AKHBAR EmptySun Oct 24, 2010 6:09 am by zam

» Majlis Pelancaran KKMM Peringkat Negeri Johor
KONGSI BERSAMA ARTIKEL PELANCONGAN ISLAMIK-PETIKAN AKHBAR EmptySun Oct 24, 2010 6:05 am by zam

» Taman Negara Tanjung Piai
KONGSI BERSAMA ARTIKEL PELANCONGAN ISLAMIK-PETIKAN AKHBAR EmptySat Aug 28, 2010 3:18 am by zam

» Transit di Dubai International Airport
KONGSI BERSAMA ARTIKEL PELANCONGAN ISLAMIK-PETIKAN AKHBAR EmptySun Jul 11, 2010 5:38 am by hellibra2

Gallery


KONGSI BERSAMA ARTIKEL PELANCONGAN ISLAMIK-PETIKAN AKHBAR Empty
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 121 on Tue Mar 08, 2011 10:57 am

KONGSI BERSAMA ARTIKEL PELANCONGAN ISLAMIK-PETIKAN AKHBAR

Go down

KONGSI BERSAMA ARTIKEL PELANCONGAN ISLAMIK-PETIKAN AKHBAR Empty KONGSI BERSAMA ARTIKEL PELANCONGAN ISLAMIK-PETIKAN AKHBAR

Post  ibnubatuta Tue Jun 30, 2009 9:37 pm

ARKIB : 18/03/2008
Menyatukan pelancongan Islamik

Oleh WAN RAHIMAH DRAMAN



Syed Mohd. Razif Yasin Yahya (dua dari kiri) mengetuai perwakilan di empat negara Islam Asia Pasifik memeterai MoU penubuhan Fatma di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

--------------------------------------------------------------------------------



MENURUT Ibnu Umar, bahawa Rasullullah s.a.w. telah memegang bahunya dan bersabda: “Hendaklah engkau berada di dalam dunia seolah-olah engkau seorang yang berdagang atau pengembara yang sedang dalam perjalanan.”

Sayidina Ali pula pernah menggambarkan yang antara lain bermaksud, dunia ini bukanlah tempat untuk bermukim dan duduk bersenang-senang sepanjang hidup, tetapi seseorang itu dikehendaki berdagang atau mengembara.

Ini kerana keadaan orang yang berdagang atau dalam dunia perantauan mesti berusaha membuat penyediaan perbekalan terbaik dan secukupnya sebelum kembali semula dari pengembaraan itu.

Natijahnya, mengembara di muka bumi adalah suatu tuntutan dalam Islam sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam marfhum Nya: Katakanlah (wahai Muhamad): Mengembaralah di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang berdosa itu. (Al-Naml: 69).

Bertitik-tolak dari situ jugalah wujud usaha daripada Persatuan Ejen-Ejen Pengembaraan dan Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra) untuk menyatukan seluruh syarikat agensi pengembaraan dan pelancongan Muslim sedunia dalam menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat Islam bagi melaksanakan ‘agenda’ Allah s.w.t. melalui suruhan mengembara itu.

Walau tidak sehebat pengembaraan sarjana terkemuka Islam, Ibnu Battuta (Abu Abdullah Muhammad Ibnu Battuta - 1304-1368) yang berkelana sejauh 120,675 kilometer (km) selama 29 tahun atau peniaga Portugis, Marco Polo (1254-1324) yang menjelajah dunia selama 24 tahun dengan jarak sejauh 40,225 km, namun setiap perintah daripada al-Quran itu pasti besar ganjarannya di sisi Allah s.w.t.

Beza kedua-dua tokoh legenda pengembara agung ini adalah, Ibnu Battuta mengembara berbekalkan keilmuan agama (Islam) 17 abad lalu untuk menziarahi saudara seIslam serta menuntut ilmu daripada ilmuwan Islam di seluruh dunia sebagai bekalan di akhirat.

Manakala Polo berlayar menjelajah dunia dengan segala barangan dagangannya untuk meraih laba dan membawa pulang barangan dagangan baru untuk kepentingan dunia dagangnya.

Namun semuanya bermaksud, hidup di dunia adalah pengembaraan yang bererti seseorang perlu melengkapkan diri secukupnya bagi mengharungi cabaran dalam perjalanan (dunia) sebelum kembali semula ke kampung halaman (akhirat).

Selaras dengan kemajuan semasa pula, pengembaraan sudah semestinyalah perlu seiring dengan tuntutan semasa tetapi menepati syariat dan tidak mengabaikan tuntutan Islam.

Hasilnya, berlangsunglah Forum Pelancongan Islamik Bumitra yang pertama di salah sebuah hotel di ibu negara pada 26 Februari lalu.

Pada majlis itu juga termeterainya perjanjian memorandum persefahaman (MoU) bagi penubuhan Persekutuan Persatuan Agensi Pengembaraan dan Pelancongan Muslim (Fatma) bagi negara Islam sedunia.

Matlamatnya, menyatukan agensi pengembaraan dan pelancongan Muslim global dalam menawarkan pakej-pakej pengembaraan dan pelancongan Islamik kepada umat Muslim seluruh dunia.

Sebagai perintis, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura bergabung untuk berganding bahu melalui Fatma bagi memastikan agenda pengembaraan dan pelancongan Islamik yang dianjurkan dalam al-Quran memberi menafaat sebaiknya kepada orang-orang Islam.

“Tidak ada yang lebih penting bagi memastikan konsep pengembaraan dan pelancongan Islamik terlaksana sepenuhnya melainkan mengembalikan urusan pengendalian kepada yang berhak iaitu di kalangan Muslim sendiri,” kata Presiden Bumitra, Syed Mohd. Razif Yasin Yahya.

Tuntutan syariah

Ini kerana katanya, hanya kalangan Muslim yang memahami tuntutan syariah yang mesti diutamakan pada setiap pakej-pakej perjalanan pengembaraan serta pelancongan yang ditawarkan di seluruh dunia.

Beliau yang juga pengerusi penaja penubuhan Fatma berkata, idea menggabungkan seluruh syarikat agensi pengembaraan dan pelacongan Islamik secara global telah lama dicetus dan disuarakan kalangan pengusaha agensi pengembaraan dan pelancongan Muslim sedunia.

Gagasan ini kata beliau, didorong oleh masalah kesukaran pengembara Muslim mendapatkan keperluan yang halal serta menepati syariat sepanjang tempoh bermusafir di tempat-tempat asing, khususnya negara bukan Islam.

“Namun setelah beberapa kali kami bertemu dan berbincang serta merangka strategi, Malaysia disepakati sebagai negara paling baik dan strategik bagi merealisasikan usaha itu,” katanya.

Memandangkan kedudukan Malaysia yang lebih stabil dalam semua aspek serta dihormati dunia kata Syed Mohd. Razif lagi, rakan-rakan sepakat mahu negara ini menjadi badan penggerak dan menerajui dalam Fatma.

“Sebagai permulaan hanya Indonesia, Brunei dan Singapura sahaja sebagai negara anggota di samping Malaysia,” jelasnya.

Namun idea dan usaha ini kata beliau, telah dan akan digerakkan secara kolektif di kalangan syarikat agensi pengembaraan dan pelancongan Islam seluruh dunia.

“Melalui MoU ini, Fatma dianggotai negara Islam rantau Asia Pasifik sahaja, tetapi setelah penubuhan diluluskan dan kedudukannya mula stabil, ia akan dibuka kepada seluruh negara Islam dunia,” kata Syed Mohd. Razif.

Malah tambahnya, keahlian serta operasinya akan melibatkan semua syarikat agensi pengembaraan serta pelancongan kendalian Muslim dari negara-negara bukan Islam.

Menurut Syed Mohd. Razif, forum Bumitra yang pertama kali diadakan itu merupakan asas bagi menghimpun seluruh penggerak dalam agensi pengembaraan dan pelancongan Muslim serantau bagi mencapai kata sepakat.

“Forum sehari itu lebih berkonsep sesi pertemuan dan berbincang antara ‘penjual’ dan ‘pembeli’ dalam sektor industri pengembaraan dan pelancongan Muslim serantau bagi merancang penyelarasan pengendalian secara Islamik global.

Selain Indonesia, Brunei dan Singapura sebagai pelopor Fatma, majlis itu turut disertai agensi pengembaraan dan pelacongan utama dari Arab Saudi, Oman, Mesir dan Syria.

Malah sesi pertemuan dan perbincangan yang disertai hampir 200 ahli Bumitra itu turut mendapat tajaan daripada Al-Rawda Umra-Haji Islamic Tourism dari Arab Saudi serta Alia Convex dari Indonesia.

Menurut beliau, walaupun konsep pengembaraan itu telah lama wujud dan menjadi suruhan dalam Islam, tetapi kefahaman masyarakat Muslim mengenainya terlalu sempit.

“Kebanyakan kita hanya nampak mengejarkan haji dan umrah sahaja sebagai perjalanan (pengembaraan) yang dituntut oleh Islam,” katanya.

Sedangkan konsep pengembaraan yang dituntut oleh Islam itu melibatkan seluruh perjalanan di atas muka bumi, jelas beliau.

Asal sahaja tegas beliau, niat yang baik dan semata-mata untuk mencari keredaan serta menghayati kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t. serta mematuhi perintah-perintah suruhan dan larangan-Nya.

APA KATA MEREKA:

JOKO ASMORO (Ketua Pegawai Eksekutif Alia Convex dan wakil Asosiasi Muslim Penyelenggara Haji dan Umrah Republik Indonesia).

“Konsep operasi pelancongan Islamik tidak hanya terbatas pada pakej-pakej haji dan umrah, tetapi meliputi

semua aspek dan destinasi pelancongan di muka bumi.

Pakej ini sangat berpengaruh dan diminati seluruh pengusaha

dalam bidang ini serta menguasai seluruh operasi agensi pelancongan global.

Malah ia mempunyai rangkaian operasi yang luas dan terbesar di dunia, wajarlah konsep Islamik diselaras dan dikuasai kalangan Muslim sendiri.”

MAHMUD MOHAMED (Pengarah Urusan Darulssalam Holidings Sdn. Bhd., Brunei)

“Banyak perkara baru yang perlu kami pelajari dari rakan-rakan terutama Malaysia dalam industri perkhidmatan pelancongan Islamik.

Fatma merupakan landasan serta peluang terbaik dan berkesan bagi ahli-ahli Persatuan Agensi Melayu (Perahu) Brunei menimba ilmu dan pengalaman. Usaha ini diharap bukan sahaja dapat mengabung jalinkan operasi pelancongan sesama agensi Muslim, tetapi akan memartabatkan kembali konsep pelancongan Islam.”

MUSTAPA OTHMAN (Naib Presiden Persatuan Agen Pelancongan Islam Singapura - AMTAS)

“Kerjasama serantau ini akan memperkukuhkan lagi peranan agensi Melayu Muslim di Singapura.

Penubuhan Fatma sudah tentu akan menguatkan lagi kerjasama antara Singapura dan Malaysia sudah lama berjalan.

Dengan keahlian lebih 30 agensi Muslim di bawah AMTAS, kami yakin konsep pelancongan Islamik akan terserlah secara lebih global dan yang penting kita dapat menjamin kemudahan mengikut syariat kepada pengembara-pengembaraan Muslim seluruh dunia.”

ibnubatuta

Posts : 8
Join date : 24/06/2009
Location : Bandar Baru Bangi,Selangor Darul Ehsan

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum